Sewa Baju Untuk Majlis Pertunangan, Akad Nikah dan Walimah

 

Assalam.

Penyakit menyewakan baju semakin berjangkit. Sepupu sedara mara saya minta untuk sewakan baju mereka. Jadi, siapa-siapa nak ‘join’ saya sekali silakan! Sangat dialu-alukan. Mari kita manfaatkan apa yang adašŸ˜‰

Ehem, kata mereka, kos baju mereka ni dalam RM400 ke atas.. Maaf lah saya amat jahil bab harga sewa menyewa ni. Maka, saya telah meletakkan saja harga kesemuanya semurah RM149 saja.

Siapa nak pinjam, sila contact saya di facebook Azah’s Collection. Bolehlah minta murah lagi insya Allah bagi pelajar-pelajar..Ceh, nak menggalakkan orang kawin mudašŸ˜›

By the way …

MENGANDUNG BOLEH PUASA?

Bicara puasa.

Orang mengandung ni diberi ‘rukhsah’ atau can untuk berbuka puasa jika tak larat… Heh, memang penat sikit la bila berpuasa di awal trimester. Blood pressure naik turun. Rasa nak pengsan, rasa penat sangat, lapar, nak gastric.. Tapi saya alhamdulillah berjaya puasa penuh di bulan Ramadhan. Puasa enam pun tinggal lagi 2 hari. Kalau boleh nak kalah-kalahkan abang Acab saya.

Heh. Alkisahnya, suami saya seorang yang sangat suka berpuasa sunat. Saya segan la kalau dia puasa dan saya ni melahap makanan aje kerjanya…

Jadi, saya sudah mulakanĀ trainingĀ berpuasa sunat sebelum Ramadhan lagi. Ternyata, amat penat, lesu dan rasa macam nak pengsan aja bila tak bersarapan pagi. Balik aja kelas, masa masak di dapur, memang dapat masak separuh jalan aja. Saya terpaksa rehat sebabĀ blood pressureĀ saya rendah, cepat pening. Jadi usaha saya dalam melatih diri berpuasa sebelum Ramadhan penuh dengan cabaran sampai saya takut kalau tak mampu berpuasa di bulan Ramadhan.

Tapi lain pula ceritanya bila dah masuk Ramadhan, saya mulakan sahur dengan susu dan kurma. 1 Ramadhan tu saya mulakan pengambilanĀ supplementĀ Shaklee.

Memang menakjubkan. Sebab saya tak rasa penat langsung sepanjang hari tu. Alhamdulillah syukur sangat dapat berlari ke kelas, berbisnes di petangnya, beribadah di malam harinya.. Sepanjang Ramadhan, saya banyak beraktiviti. Kalau ada masa lapang, saya penuhkan dengan berniaga dan baca alQuran.

Saya rasa puas dengan hari-hari yang telah saya lalui sepanjang Ramadhan kali ini.

 

 

 

 

4 thoughts on “Sewa Baju Untuk Majlis Pertunangan, Akad Nikah dan Walimah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s