Langkah 055 : IKHLAS dalam BERKAWAN

Bismillah.

“Hah, ni anak saya, ni kawan dia. Ni yang nombor dua, ni pula kawan dia”, kata ayah saya.

Lucu sampai saya tersenyum.

Ayah mertua saya banyak gunakan istilah ‘kawan’ untuk menggantikan ‘pasangan’ suami isteri. Lagipun tak salah kan.. Suami isteri memang merupakan teman seperjuangan sampai ke akhir hayat.

Saya seorang kakak ipar kepada 5 orang adik suami saya. 3 antaranya lebih tua. Huhu, tapi mereka terpaksa menggelar saya ‘kakak’ juga.. Ehem. Saya ni asyik keluar topik.

Beginilah. Hari ini saya tak mahu beriuh tentang rumahtangga. Saya cuba untuk sampaikan isi hati saya mengenai kawan.

Almaklumlah, dua tiga hari lepas saya kawin, makin ramai ‘takut’ dan ‘gerun’ nak kacau telefon saya. Mereka sangka orang dah kawin ni tak boleh diusik-usik nanti suami ‘jeles’. Aduyai. Sunyi lah saya kalau macam ni. Nak minta-minta tolong saya pun dah segan. Kalau macam ni saya makin malas lah sebab banyak masa ‘free’. Oleh itu, saya terpaksa ambil langkah ‘calling-calling’ kawan terdekat untuk bertanya khabar. Kalau saya tak buat begitu, boleh jadi sampai satu tahap, saya terputus dari merasai nikmat berukhuwwah. Mungkin bila saya ada masalah apa-apa, saya tak ada tempat merujuk. Itu sangatlah bahaya.

Ya, kawan itu penting. Walaupun lepas kita kawin.

Saya amat menghargai SMS dan nasihat-nasihat yang tak putus dari kawan. Mungkin adakalanya saya tak sempat nak membalas, tapi ada masa kosong nanti, saya cuba cari balik SMS mereka dan baca berulang kali. Semoga Allah merahmati mereka ni.

Hm.. Ada satu benda saya nak kongsikan. Suatu hari semasa menghadiri satu ta’lim di UIA Gombak, ada seorang ‘brother’ ni angkat tangan untuk mengajukan soalan. Katanya, dia ada seorang teman lelaki yang tak putus-putus menghubungi dia melalui telefon bimbit. Tanya khabar, borak kosong.. Pelik sangat, sampai dia naik bosan. Nak kata kawan dia ni ‘gay’, tak juga. Nak kata dia ‘lelaki jambu’, kelakuan dia macam lelaki biasa saja. Cuma yang dia perasan, kawan dia ni nak sangat perhatian dia…

Hadirin ketawa dan ada yang tunjuk muka geli-geliman. Agaknya dalam minda mereka terfikir tentang ‘homo’.

Kecuali saya, saya serius. Eceh, mungkin ada ramai juga yang serius tapi saya perasan saya sorang saja yang serius😉

Sebab.. Yeah, saya pernah jumpa orang jenis ni. Dah dua kali dan PENAT nak layan.

Wallaweh!

Releks bro, releks! Siapa lagi nak mengaku mereka serius? Boleh tumpang komen. Saya nak sangat tahu bagaimana nak hadapi orang yang macam ni.

~

Sesat di Kuala Lumpur, dosa dan pahla bercampur!

~

Alkisah saya pula, ada orang tu suka telefon malam-malam. Dia perempuan. Tapi saya TAK SUKA kena kacau gaya begini. Bila saya angkat, dia diam macam tak tahu nak cakap apa. Saya ni jenis gelak dan senyum. Bila orang diam, entah apa reaksi nak buat. Serba salah jadinya.

Bila sudah banyak kali begini, saya ambil langkah tak mahu layan.

Dan ternyata, dia mula ‘slow’ SMS dan call saya. Tapi itu bukanlah solusi bagi saya.

Pada suatu hari rakan saya ni telah meluahkan masalah hidup dia, sambil menangis. Pelik tapi benar juga cerita dia ni. Lepas saya beri nasihat, dia mula balik call dan SMS saya. Tengah masak, ada orang call. Nak mandi, ada orang call. Nak tidur, nak solat, ada orang call. Aduyai!

Kisah-kisah dia pun macam pelik sangat sebab rupanya dia ni bukan orang Islam walaupun dia pandai cakap bahasa melayu lancar sangat siap ber’assalamualaikum’ dan ‘insya Allah’ ‘alhamdulillah’. Dan banyak lagi kisah komplikasi hidup dia. Sampai satu tahap saya perasan saya BERSALAH.

~

Bagaimana tu saya pula yang berSALAH?

Dipendekkan cerita… Kisah saya ni telah saya adukan kepada seorang kakak tua. Dia pun tanya

1) Macam mana boleh kenal?

FB

2) Mak dia orang mana? Dia berapa beradik?

Entah. Entah. Entah. Ehem.. Hek hek, tak tahu.

Macam mana boleh betul-betul kenal sampai berani bagi nombor telefon?

Entah. Tak kenal. Belasah je.

3) Macam mana boleh tak suka kawan tu sedangkan awak terus beri nasihat? dan kononnya nak tolong dia?

Erk. Oh? Dah tu kalau dia telefon, nangis, pastu nak diam?

~

Heh, begini. Kalau awak nak kawan dengan seseorang, perkara pertama, TAARUF, kenal. Lain kali, kenal kawan betul-betul baru kawan.

Lepas tu, TAFAHUM dan faham jiwa dia ni dan perangai dia. Kalau masih belum faham dan kenal, tak yah la sibuk nak bantu tanpa memahami.

And then barulah, TAKAFUL dengan IKHLAS!  (Aiseh, mentang-mentang jadi agen takaful ikhlas, nak terus lompat ke nombor tiga ni) >.<

Maka, setelah setangah jam berborak dengan si kakak tua, saya pun sedar, rupanya selama ni dah ramai kawan yang saya kawan dengan kurang IKHLAS. Dalam FB, kita suka sangat kawan ‘gitu-gitu’ macam ‘ajak-ajak ayam’ dan konon ukhuwwah fillah, konon kawan untuk dakwah, konon kawan untuk bantu dia. Macam kita ni hebat sangat nak betul-betulkan orang.

Mungkin kita juga pernah terkawan dengan dia sebab, dia baik, sebab dia ‘femes ames’, sebab dia ikut dakwah, sebab dia pandai, sebab dia pakai tudung labuh..sebab dia bla2.

Lepas tu kalau KITA terdapat tahu yang dia pernah buat salah yang amat berat, atau dia masih buat kesalahan dan dosa yang sampai membuatkan kita rasa tak larat nak terima dia, adakah patut ketika itu kita sibuk nak bising ‘tak nak kawan dengan dia’? Atau JOM kita selamatkan kawan kita tu – dengan sebarkan lagi kisah dia pada orang ramai konon nak minta nasihat? Haiyo!

Saya pernah ada usrah yang kekadang berlaku benda ni. Setengah jam asyik cerita pasal orang. Nak betulkan orang. Lihat kesalahan orang. Patutkah? Bila masa kita nak refleksi diri sedangkan kita banyak lihat kawan kita saja?

IKHLASlah dalam berkawan!

Dan lagi satu, kalau kita ni ringan sangat mulut nak cuba nasihat dan tegur orang, betulkan orang, mungkin waktu tu kita rasa diri kita lebih HEBAT kan? Nauzubillah~

Semoga dijauhi penyakit hati.

Sekian, pesanan untuk diri sendiri yang dah bertahun hidup dalam konflik ini sebelum menulis ke dalam blog yang dibaca orang ramai.

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s