Langkah 056 : List barang baby dan mama baby

Assalamualaikum wrh wbt.

“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (diserahkan segala urusan kepadaMU)” (Al-Anbiya’ : 89)

Alhamdulillah. Wah, saya sudah 2 bulan jadi Mama Hafidz. Sangat seronok bermain dengan bayi. Muka comel bersih tidak berdosa. Nangisnya umpama zikir memuji kebesaran Allah, takut kepada Allah, takut dengan fitnah dunia akhir zaman. Hm, ya, kita para ibu zaman sekarang ada agenda yang amat besar untuk anak-anak yang kita sedang didik. Cabaran mereka amat amat besar.

Elakkan process food. Susah kan? Maka sedaya upaya kurangkan. Masak sendiri di rumah. Jagalah pemakanan kita sebab kita akan menyusukan anak kita makanan-makanan yang membentuk peribadi dan hatinya.

Oh, Allah, ampunkanlah dosa kami para ibu andai kami tersalah didik anak-anak kami. Tunjukkan kami jalan yang lurus dan berilah kami hidayah dan kekuatan untuk sentiasa istiqamah menjadi ibu yang solehah menunjukkan qudwah hasanah kepada anak-anak.

Hari ini saya ingin kongsikan list barang baby dan mama baby untuk dibawa ke hospital. This is for mama to be. Seriously, saya tak sabar nak tunggu kawan saya Dena dan Tengku Masyitah bersalin. Hopefully diorang baca ni.

Sebaiknya apabila kandungan sudah berusia 7 bulan, para ibu bolehlah bersedia packing! ^_^ Seronok tau beli barang baby. Tapi mahal lah kan~~

Pertama, kita perlukan 2 beg. Kedua-dua beg ini akan kita bawa ke mana saja kita pergi contohnya apabila nak outstation ke.. Kan jauh. Mana tahu tengah-tengah perjalanan tiba-tiba nak bersalin. Kan susah kalau tak ada barang-barang ni?

2 beg ini tak lain tak bukan satu untuk mama dan satu lagi untuk baby! Mari kita tengok apa yang perlu diisi~

Beg Mama

1. Bengkuk ekspres – bengkung moden
2. Minyak panas / Losyen limau purut mak dara / Losyen pati Halia
3. Sweater
4. Nursing bra
5. Disposable panties (optional)
6. Blouse butang depan/jubah butang depan/tshirt muslimah
7. Stokin tebal
8. Kain batik
9. Tuala, set barang mandian termasuk berus gigi dan ubat gigi
10. Slipper (optional)
11. Maternity pad
8. Air zam zam
9. Air selusuh
10. Kurma nabi – kurma ajwa
11. Makanan – roti biskut
12. Buku doa dan Al-Quran
13. Handphone, mp3 dan charger

Beg Baby

1. Baju newborn+sarung tangan dan kaki 2 helai

2. Kain napkin, kain bedung, towel

3. Barut

4. Lampin bayi (saya pilih drypers, selesa dan tak mudah bocor)

5. Set mandian bayi – bedak, sabun, shampoo

Semasa mengandung kita kena rasa happy dan syukur sangat nak dapat baby! Tunjukkan ke-excited-an-mu nak menunggu kelahiran. Baby can feels that. They miss you!
Dan sebagai penutup, nabi Muhammad SAW menerangkan bagaimana pentingnya anak selepas kematian ibu bapa kelak, iaitu dalam menyalurkan pahala tanpa putus walaupun kedua-duanya telah tiada hasil daripada anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka.
((إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ))
“Apabila wafatnya manusia, maka terputus darinya amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) dari sedakah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup), atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya”.
(HSR Muslim No. Hadis 4310)
Mari didik anak kita~~!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s