Hyperpolyglot

Assalam.

Terbaca post lama.

https://nurazahfathirah.wordpress.com/2010/09/03/langkah-028-pelbagai-bahasa/

IMG_3323

Dah tiba masanya untuk aplikasi. Allahu Allah..

Bahasa yang saya tahu hanyalah Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina.

Suami saya Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis.

Adik saya, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun.

~

IMG_3165

Mama Hafidz mengandung 5 bulan

Di Paris, amatlah jarang kita mendengar orang sekeliling bertutur dalam bahasa Inggeris. Mereka akan ‘memaksa’ kita menggunakan bahasa mereka. Begitu juga di China dan sebagainya. Kadangkala, kita terlalu takut menggunakan bahasa ibunda kita apabila bercakap dengan orang berlainan bangsa. Sebenarnya, apabila kita ‘belasah’ cakap bahasa yang tidak difahami, ia akan menjadikan kita nampak bodoh! Eh, tidak, anda patut kagum kerana kita boleh BELAJAR BANYAK BAHASA!!

Sekiranya saya orang Perancis dan saya datang ke Malaysia. Anda ialah pemandu teksi. Tak kagumkah anda kalau saya cakap pada anda “Saya-teksi-hotel-Ampang”. Lalu memberi alamat hotel kepada anda? Dan di tangan saya, saya ada sebuah kamus 10 jenis bahasa. Apakah saya nampak BODOH dengan cubaan saya bercakap bahasa anda?

~

Harapnya kami dapat luaskan kosa kata Hafidz dengan mengajar banyak jenis bahasa dengan tersusun dan tidak rojak.

Antara tips yang saya terbaca, ibu mestilah bertutur dengan anak dengan bahasa lain dari ayah.

Contohnya ibu bercakap dalam bahasa Inggeris kepada si anak, manakala ayah pula Bahasa Melayu.

Ini akan menguatkan lagi penguasaan bahasa anak-anak selain mengelakkan kekeliruan bahasa rojak.

Semoga~

Ada tips? Sila kongsikan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s