Benarkah anak lahir awal lambat perkembangan otak?

Assalam. Semoga semua pembaca berada dalam rahmat dan kasih sayangNya. Hehe. Hari ini hari sungguh bahagia. Bangun pagi, tengok sebelah ada si kecil sedang tersenyum riang menantikan ibunya membacakan doa.

Icap Jari

“Alhamdulillahillazi ahyana ba3dama, amatana, wa ilaihinnusyur”, saya bacakan.

Dia tersenyum riang cuba meniru dan menggerakkan bibirnya apabila melihat bibir saya membacakan doa.

Alhamdulillah. Masih diberi nikmat iman, Islam dan keluarga sakinah mawaddah wa rahmah insya Allah.

Saya berborak dengan anak saya Hafidz yang baru berumur 3 bulan itu. Dia senyum dan membunyi-bunyi seakan faham apa yang saya cakapkan. Banyak cakap budak ni. Sebelum sunat, satu hospital tegur dia banyak cakap, boleh jadi lecturer besar nanti hehe.

Ternyata, dia sangat tidak sabar untuk bercakap, berjalan, melakukan apa yang kita lakukan.

Anak saya dilahirkan 3 minggu awal dari tarikh yang sepatutnya dia lahir. Tapi alhamdulillah, dengan berat yang hanya 2.4kg, badannya sihat, tegap, dan sangat aktif.

Oleh kerana dia sangat ringan ketika dilahirkan, saya pada mulanya sedikit kekok nak memandikannya sebab badannya masya Allah sungguh kecil muat kotak kasut!

Hafidz walaupun kecil tapi lehernya sudah kuat untuk dialih-alihkan ketika berusia seminggu lebih dan subhanallah, kakinya sudah mula nak melangkah dan berlari kejar bola semasa didirikan ketika baru berusia sebulan lebih.

Terkejut saudara mara melihat anak saya yang gelagatnya seperti 6 bulan. Sudah mahu melompat dan berceloteh riang.

Alhamdulillah, atas nikmat ini.

Tapi. Adalah suatu yang menggerunkan apabila saya membaca perkara yang perlu diawasi oleh ibu-ibu mengandung.

Katanya langkah-langkah tegas perlu sentiasa diambil supaya tidak berlaku kelahiran sebelum cukup bulan. Kerana biasanya kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan akan mengalami masalah pembelajaran terutama bagi mata pelajaran yang memerlukan kecerdasan yang lebih seperti Matematik.

Manakala.

Sebuah kisah lain pula yang saya terbaca dari buku Anak Lelaki Kool & Hebat karangan Jamilah Samian dalam salah satu babnya berjudul Pakar Pun Boleh Silap. Katanya Adam yang berumur 11 tahun boleh menghabiskan bacaan senaskhah buku berjudul Horrible Science : Blood, Bones and Body Bits yang sangat tebal dan berhuruf kecil.

Sedangkan sewaktu kecilnya, pakar pediatrik mengatakan bahawa Adam menghidap penyakit ‘kematangan lewat’. Namun setelah dilatih oleh ibunya, walaupun agak seksa untuk menghabiskan bacaan buku pertamanya selama 3 bulan sedangkan adik kepada Adam hanya mengambil masa 2 minggu untuk menghabiskannya.. Adam dapat membaca dengan lancar seawal usia 6 tahun.

Ternyata, ibu bapa tak boleh berputus asa, berasa risau, patah semangat apabila mendapat berita daripada doktor bahawa anak-anak mereka mengalami kelembapan otak, hyperactive, autisme, disleksia dan sebagainya.

Tahukah anda? Semakin kita mengerah otak, semakin otak itu akan aktif dan berkembang dengan sangat cepat. Anak yang mungkin dikatakan lembap itu perlu terus dididik kerana ketahuilah semua orang boleh berjaya! Sama seperti si kura-kura yang tak pernah putus asa dalam perlumbaan, akhirnya dia berjaya menggulingkan si arnab yang bongkak.

Jika anda mempunyai anak yang lambat bercakap atau membaca, ajarkan saja. Beri sepenuh perhatian kepadanya! Cari teknik-teknik untuk mendidik mereka ini.

Jangan putus asa!

Tak lupa juga amalkan pemakanan yang meningkatkan kecerdasan otak seperti kurma, kismis, badam dan fish oil! Kalau fish oil, pilihlah Omega Guard, Shaklee. Insya Allah nampak kesan ketara.

Saya doakan agar anak anda genius! Berjaya dunia akhirat insya Allah! ^_^

Nurazah Fathirah bt Kamarulzaman

Whatsapp : 013-6044870

2 thoughts on “Benarkah anak lahir awal lambat perkembangan otak?

  1. ank saya pn lahir x ckup bln.35weeks tp Alhamdulillah berat ok,2.96kg.dr dlm pantang n smpai skrg dh 1thun 9bln,dia x bnyk ragam tp sgt aktif,sgt cerdik dan pandai b’kwn.lg 1 dia cepat belajar,dgr kata dan sudah pandai buat apa yang disuruh.saya n family x pernah halang apa yg dia nak buat,apa yg dia nak main,cuma kami monitor je.kami biarkan dia belajar melalui persekitaran di dlm rumah n luar rumah.bg saya ini boleh m”buatkan otak dia b”kembang🙂

  2. assalam…anak saya pn lahir x cukup bulan 34 wks…44 hari awal dari epd nya…berat masa lahir 2 kg je…masa mula2 sakit, doc dh bgtau awal2, apa2 yg jd pada baby kene redha n terima sbb masa tu, jantung bby ada problem. tp alhamdulillah sekarang adam dah masuk 4 tahun. dh tadika pn….masa bby mmg sgt sensitif n kene monitor dgn teliti. tp alhamdulillah adam xde masalah n telah mengenal abc, 123, alif ba ta seawal umur 2 tahun. bukan hanya tahu tapi hafal n kenal…skrg adam mudah belajar di tadika….anak2 kita permata hati kita….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s