Anakku Baby Colic!!!

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).”(Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)

Alhamdulillah, anak adalah anugerah Allah yang paling berharga.

Bilamana anak pertama dilahirkan, seseorang yang baru bergelar ibu tentunya akan terasa sedikit beban apabila dalam sakit-sakit lepas bersalin perlu memberi susu pada anak setiap 2 jam. Nak pergi makan, mandi sangatlah terkejar-kejar dan tidur juga tidak lena. Malam menjadi siang, siang menjadi malam, malah sekejap-sekejap sahaja tidurnya.

Adalah lebih mencemaskan apabila selepas 2 minggu baru nak menyesuaikan diri, tiba-tiba pada minggu ketiga atau keempat, bayi kita susah betul nak ditidurkan. Merengek menangis, perut sentiasa kembung, nak dukung tak nak diletakkan, susah nak tidur petang sampailah subuh.

Kita pasti risau dan sangat penat. Risau anak kita sakit teruk, entah apa sakitnya sampai menangis lebih 3 jam berturut-turut. Dan tentunya kita juga tak tahu nak buat apa untuk berhentikan tangisannya yang berterusan dan kuat, meraung seolah-olah kesakitan.

Biasanya anak yang menangis berterusan dalam jangka panjang ini dipanggil sebagai baby colic atau sawan tangis. Ia boleh dirawat dengan bacaan-bacan ayat alquran atau kebiasaannya akan hilang ditelan masa terutama bila anak kita sudah habis dalam pantang 40 hari/3 bulan/3 tahun malah ada yang 5 tahun menangis sahaja kerjanya. Itulah tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak.

Saya pernah mengalaminya dan merasai sehingga anak berusia 4 bulan lebih. Dari lepas asar sehingga esok subuh, anak saya akan menangis kuat, merengek, tidak boleh lelap dan nak didukung sahaja. Jika dibiarkan sekejap, anak saya akan meraung sambil menahan nafas lama sehingga muka merah padam.

Saya pernah terasa seperti orang yang malang, satu dalam sejuta di dunia ini, rasa tertekan, menangis, nak bunuh diri pun ada.. bilamana emosi tak stabil ditambah sedang dalam nifas tidak boleh solat.

Bayangkan lah tangisannya boleh didengari jiran-jiran. Mereka turut datang ke rumah tolong jagakan sehingga pukul 1 pagi. Suami juga turut mengalami tekanan bilamana beliau terpaksa mendengar tangisan bayi yang tak henti dari maghrib balik kerja sehingga lah esok harinya nak bersiap-siap pergi kerja. Kami terpaksa buat giliran menjaga (hirasah) dan sesiapa yang sudah habis jaga juga terpaksa tidur berasingan di tingkat atas dan tutup telinga dengan bantal. Kami juga pernah berpindah randah ke rumah orang lain, menumpang sekejap untuk lihat adakah anak kami akan diam, tapi ternyata tidak. Semuanya kehendak Allah untuk menguji kami.

 Tapi semakin lama, saya merasakan kebahagiaan yang tak terkata bila anak saya semakin hari semakin rapat dengan saya dan sihat, senyum serta suka bercakap sentiasa. Tidak dinafikan, ujian ini telah membuatkan saya sangat rapat dengan anak saya, kami hari-hari akan melekat ibarat kangaroo meletakkan anaknya di dalam kantung, melekat ke mana-mana saja walaupun saya nk berwudhuk dan solat selepas habis nifas.

Oleh kerana saya diberi nikmat sedikit masa untuk menulis dan berkongsi pengalaman saya dengan rakan-rakan yang sedang berjuang menjaga anak yang masih dalam tempoh colic, inilah serba serbi tips yang pernah saya buat;

1. Sabar, sabar sabar. Ibu perlu redha diuji sebegini. Ianya perkara biasa.

2. Belajar cara mendukung bayi, biasanya mereka suka didukung dekat dengan dada, berpeluk, rasa warm and safe. Seperti juga berada di dalam womb, nak ketat-ketat kepitnya. Tidur pun atas dada kita, nak dengar jantung mama dia hehe.

3. Perhatikan suara bayi kita betul-betul, cuba faham apa yang ingin disampaikannya. Tak selesa, nak tidur penat, lapar, sakit perut dan sebagainya. Ia adalah seni keibuan.

4. Jika anda beri botol susu, pastikan jangan beri dia terhisap angin(terutama bila susu nak dekat habis).

5. Jika breastfeeding, jaga pemakanan, elak makanan-makanan berangin seperti buah-buahan tempatan, mee kuning, sayur kubis, kacang-kacang dan sebagainya.

6. Belajar cara urut bayi. Sapu minyak angin pada betis, dan perut. Urut tapak kaki dan tapak tangan. Jika perlu, cari tukang urut profesional untuk sekali sekala mengurut bayi anda.

7. Burpkan (tepuk belakangnya) SEBELUM dan selepas minum susu atau bila2 masa.. tepuk saja di belakang anak anda untuk keluarkan angin.

8. Mandikan dengan air panas.

9. Ibu mestilah menjaga waktu makan, elakkan LAPAR. Kerana perut yang masuk angin, ada kemungkinan untuk susu berangin juga. Pastikan setiap 4 jam anda perlu isi perut dengan snek berkhasiat seperti kurma, roti, biskut, air nestum, horlicks, susu dan sebagainya.

10. Jangan paksa bayi anda hisap puting untuk diamkan dia dari tangisan. Itu penderaan emosi malah menyebabkan anak anda akan menangis lebih kuat.

11. Beri kasih sayang, kesiankan anak kita yang SAKIT dan LETIH, tak boleh nak tidur. Peluk dan cium anak anda.

12. Makan vitamin untuk anda dan anak anda. Supaya anda lebih bertenaga menjaga bayi sampai tengah malam dan boleh tahan berjam-jam dukung sambil memujuk bayi anda tidur.

13. Beli buaian elektrik jika anak anda sudah sampai umur 2 bulan atau sudah bersedia. Jangan dengar kata orang nanti ketagih, susah nak bawa pergi jalan-jalan. Anda perlukan buaian untuk elakkan keletihan dan stress yang amat. Dan letak sebentar anak anda sementara nak makan, solat atau mandi.

14. Tekan-tekan perutnya yang sakit itu, dengan jari atau lutut atau junjung di atas kepada anda. Ia membantu melegakan dan membuang angin.

15. Ikhtiar rawatan Islam. Berjumpa dengan ustaz-ustaz, minta doakan, dan ajarkan doa yang perlu dibaca. Di Gombak, saya pergi pusat rawatan darussalam ustaz Ismail Kamus, gombak setia, sangat membantu. Ustaz akan suruh bawa daun kacang botol, untuk dibacakan doa. Buat mandi anak dan boleh spray bilik dengan air bacaan doa tu untuk pelihara dari gangguan jin dan syaithan.

16. Tuam bayi anda di bahagian perut dan kaki dengan bahan yang digoreng tanpa minyak (halba dan jintan hitam), bungkuskan seperti sup bunjut dalam kain perca.

17. Sentiasa pasangkan ayat ruqyah dan ayat-ayat suci al-quran di bilik tidur atau mana-mana kawasan rumah (selain halau jin, bayi anda boleh hafal al-quran bila ulang2 selalu)

18. Bapa jangan balik kerja waktu maghrib. Kalau boleh sebelum maghrib atau lepas solat maghrib di masjid. Baca 3 qul dan ayat qursi sebelum masuk rumah. Terus mandi makan baru boleh pegang baby.

19. Basuh muka bayi dengan air zam zam selepas menangis kepenatan berjam-jam. Untuk elak stress dan melegakan sedikit moodnya. Sekali sekala beri minum air zam zam sedikit.

20. Jangan overfeeding sampai dia muntah muntah. Nanti lagi rasa tak sedap perut, senak. Biar dia menangis, cari jalan lain untuk melegakan dia selain breastfeed. Jangan paksa bayi anda minum susu untuk mendiamkannya.

21. Banyakkan bercakap untuk tenangkan baby. Pujuk bayi anda. Jalan sekeliling rumah, tunjuk flowers, fish, cat dan macam-macam lagi barang yang menarik perhatian untuk kurangkan stress menangis. Dan hilangkan rasa sakit.

22. Minta konsultansi daripada doktor pakar paediatrik, lakukan pemeriksaan, jika ada HERNIA.

23. Doktor pakar kanak2 yang saya jumpa ada berikan probiotics brand BioLife. Beliau suggest beri 5 drops per day.

23. Beri anak anda minum air zam zam

24. Beli bola kettler (bola gym untuk exercise tu..). Daripada biar anak anda dalam buai menjerit, lebih baik anda dukung dan duduk atas bola enjut-enjut sambil tengok TV. Ia menenangkan anak anda di samping anda boleh rest sekejap.

25. Kalau suami anda free, minta bawa anak anda jalan-jalan, biasanya bayi akan tidur dalam kereta. Tapi jika ia tidak berkesan, elakkan keluar rumah sebab takut dia boleh nampak macam-macam.

26. Beli stroller, kereta sorong baby. Letak anak anda dalam tu, pusing-pusing dalam rumah. Anda boleh letak dia sebentar di sebelah sambil makan di dapur atau letak depan bilik air sementara anda mandi.

27. Jangan marah anak anda! Dia tidak bersalah. Sabar. Kalau rasa nak marah, rasa geram dia tak nak tidur, manja nak kena dukung sahaja, anda bolehlah tulis atas kertas sebagai motivasi. Assobaru minal iman, innallaha ma’assobirin.. Dan anda catitkan berapa kali anda kena sabar setiap hari. Nak marah je, tulis banyak2 perkataan sabar.

28. Suami sila support isteri. Pantau makan minum isteri. Jangan beri isteri terlalu exhausted. Tolong isteri pegang anak sebentar untuk isteri pergi solat, mandi, makan dan sebagainya. Juga beri isteri tidur 10minit jika dia nampak terlalu letih. Jangan biarkan anak menangis terlalu lama, ia boleh menyebabkan kekejangan.

29. Dapatkan bantuan jiran, saudara mara dan ibu ayah selain suami yang penat bekerja seharian.

30. Jika anda ingin travel ke luar, pastikan tidak membawa anak anda lepak di tasik atau hutan. Baca 3 qul dan ayat qursi sebelum masuk rumah.

31. Jangan bandingkan anak anda dengan anak orang lain. Jangan rasa nak patah balik masa, menyesal dan sebagainya. Ujian ini pasti ada hikmahnya. Mana tahu susah nak jaga masa kecil, bila besar mereka akan berbakti kepada kita, jadi anak soleh dan hebat dunia akhirat?

32. Pastikan anda ambil cuti sepanjang anak anda kena colic. Jika anak anda kritikal, jangan biarkan babysitter atau penjaga menjaga anak anda tanpa anda. Ia boleh memberi tekanan yang amat besar malah risiko untuk kes penderaan berlaku amat tinggi. Utamakan nyawa dan kesihatan anak anda.

Bagaimana langkah prevention daripada baby colic?

Sebenarnya baby colic sehingga sekarang tak tahu apa puncanya. 20% bayi yang dilahirkan boleh terkena baby colic. Mungkin ada gangguan, mungkin usus belum matang…wallahualam yang penting bayi anda sihat, boleh minum susu, buang air dan beratnya naik.

Ada yang kata anak ini suatu hari nanti akan jadi bijak, aktif, sihat sebab banyak menangis, susah terkena jangkitan paru-paru. Ada juga yang kata mereka ni akan jadi hiperaktif sebab biasa tahan mengantuk lama dan bertenaga.

Tapi di sini saya ada gariskan beberapa tips untuk mendapatkan zuriat yang soleh solehah, antaranya ialah :

1. Jaga adab bersetubuh, amalkan doa junub.

2. Dengarkan kandungan anda dengan ayat-ayat ruqyah dan alquran.

3. Jangan biasakan tidak berpakaian langsung.

4. Doakan anak dalam kandungan dijauhi gangguan syaitan sehinggalah pada saat nak melahirkan anak. Amalkan doa Rasulullah kepada cucunya selepas kelahiran.

5. Elakkan anak anda lahir awal daripada masanya. Ia memberi risiko berlakunya immature digestion.

6. Ibu mengandung perlu elakkan dari selalu menangis, layan perasaan, emosi tak stabil etc. Suami perlu support. Banyakkan berbual dan berbincang untuk elak salah faham.

7. Tambah ilmu parenting sebanyaknya terutama bagi kelahiran pertama. Bersedia mental fizikal untuk membuat kerja-kerja yang berat, penat dan tidak tidur malam.

8. Elakkan melahir dalam keadaan trauma. Kelahiran yang disertai trauma dan komplikasi sedikit sebanyak menggangu emosi ibu dan bayi.

Akhir kata, anda ibu yang hebat!! Insya Allah ^_^

Semoga Allah bantu anda, permudahkan segala urusan anda. Kutiplah pahala sebanyak mungkin kerana tugas membesarkan seorang khalifah adalah tugas yang murni!

Ingat, pasti ada pelangi di hujungnya.. Inna ma’al usri yusra~ jangan sedih sedih.

2 thoughts on “Anakku Baby Colic!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s