Jangan berkata JANGAAAAN!!!

Anak adalah anugerah.

Pada masa ia baru dilahirkan, bayi nampak sangat comel dalam tidurnya. Apabila ia menangis dan asyik menangis, kita rasa agak geram dan kerana kecomelannya yang amat, kita pun cium kuat-kuat sampai dia menangis lagi kuat. Haha.

Dan apabila bayi mula aktif tak duduk diam, susah nak ditidurkan, kita mula rasa penat dan nak tidurkan dia secepat mungkin. Paksa paksa dan paksa.

Dan apabila ia membesar menjadi kanak-kanak yang sudah pandai berlari dan melompat sana sini, lebih sukarlah kita mengawalnya dan lebih susahlah dia nak ditidurkan. Suka pula merajuk bila tak dapat sesuatu, terbaring golek-golek atas lantai dan hendak buat semua kerja sendiri.

Pelik kan? Dalam kepenatan melayan karenah mereka..agak-agak kenapa Rasulullah tak beri kita pukul anak-anak yang masih kecil?

Cuba fikir-fikirkan.

~

Kadang kala kita terlalu pentingkan diri sendiri. Kita suka asingkan masa kita dengan anak-anak.

“Jangan kacau”. “Nanti kejap. Mak ada kerja ni..”. “Haish. Kacau jela!”

Orang dewasa suka memandang rendah golongan muda. Kita malas mengajar mereka apa yang sepatutnya kita ajarkan. Kita lebih suka memarahi dan mengatakan JANGAN iaitu memberi arahan keras dan amaran. Mengapa perlu dingin?

Kita MALAS nak bersama dengan anak-anak, bermain dan memberi kepercayaan untuk mereka melakukan perkara yang kita mudah sangat mengatakan IMPOSSIBLE untuk mereka buat. Apabila mereka besar, kita hentam mereka pula dengan mengatakan mereka MALAS membantu ibu bapa. Suka bersendirian. Suka tak dengar kata. Utamakan orang lain daripada ibu bapa sendiri.

Entah apa-apa.

MALAS mereka itu mesti datang daripada kesilapan kita dalam mendidik. Jika dari kecil lagi kita sudah ringankan tulang mereka dengan merasakan bahawa aktiviti menjemur kain di ampaian ialah sesuatu yang menyeronokkan, sudah pasti mereka akan terbiasa malah merebut-rebut hendak menjemur kain.

Cuci pinggan nak kena suruh banyak kali? Tak perlu! Hanya perlu ajarkan sejak kecil. AJARKAN jika mereka belum pernah buat. Bukan membebel “tula, tak pernah masuk dapur. Sibuk main komputer.”

~

Kunci kepada pendidikan ialah kasih sayang.

Jika bayi anda ingin panjat tangga. Anda kejar dia dan katakan JANGAN. Dia pun datang balik dan nak panjat lagi. Anda kata JANGAN! Dia lagi nak panjat. Anda kata JANGAAAAAAAAAAAAAN!!! Lagi dia buat.

Saya terpegun dengan kisah ini.

Seorang bayi berusia 6 bulan telah dilatih oleh ibunya bagaimana ingin merangkak naik dan turun tangga. Dengan latihan sebanyak 3 kali.. Selepas itu anaknya boleh berdikari sendiri tanpa pengawasan ibunya lagi. Naik dan turun tangga dengan selamat. Kawasan larangan telah ditunjukkan dan diberitahu agar dia tidak pergi ke situ. Pesanan dibuat dengan penuh kasih sayang. Dan akhirnya bayi itu BOLEH melakukan apa yang telah diajarkan! Tidak pernah jatuh dan tidak pernah ke kawasan larangan tersebut.

Pelik kan? Saya pun termotivasi dengan kisah ini.

Bayi sebenarnya faham bahasa kita walaupun mereka belum pandai bercakap. Mereka tahu kita bersikap dingin, kasar dan mereka tahu kita gembira sayang dan sebagainya. Akhlak kita sentiasa menjadi pantauan mereka. Malah mereka amat cepat MENIRU apa yang kita sering lakukan dan cakapkan!

~

Memberi amaran kepada anak seolah-seolah anak kita telah melakukan kesilapan yang amat besar sekali. Walhal ia adalah kesilapan pertama kali anak kita atau ia bukanlah suatu kesalahan pun.  Jangan asyik sibuk menyenaraikan perkara JANGAN dibuat. Akan tetapi, perbanyakkanlah senarai perkara yang patut dibuat. Terutama apa yang patut kita buat untuk anak-anak.

Jika anak kita suka menconteng dan mengoyakkan buku kita. Atau menconteng dinding contohnya. Elakkan dari menyekat perbuatan mereka itu. Berikan saluran-saluran untuk mengembangkan bakat terpendam mereka. Ransang otak anak-anak kita supaya mereka lebih kreatif. Berikan buku khas atau beri sebuah bilik untuk mereka conteng dan lukis dinding itu. Atau tampalkan kertas mahjung di sekeliling bilik untuk mereka menconteng.

Jika mereka suka membuat perkara yang kita tidak suka, elakkan berkata JANGAN berulang kali sebaliknya pimpin tangan anak kita untuk melakukan aktiviti lain. Penuhkan jadual mereka. Jangan tinggalkan mereka KEBOSANAN. Ajak mereka melakukan eksplorasi benda baru dan lebih bermanfaat.

~

Benarlah. Tindakan salah kita dalam mendidik anak hari ini amat BAHAYA untuk masa depannya.

Katakan TIDAK kepada JANGAN.

Akhir sekali, elakkan menunjuk kepenatan kita dalam mendidik mereka. Seronokkan suasana pembelajaran dan ENJOY! Ikhlaskan diri, betulkan niat.

Idamkanlah pahala yang amat besar bagi seorang ibu dan ayah yang mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s