Alfatihah Buat Abah Tersayangku<3

Assalam.

16 Mei 2011

Teringat kisah silam itu.

Para guru menyambut hari guru di rumahku, menziarahi jenazah arwah abah.

31 Mac 2011, Khamis

– – – – – – – – – – – – – – – 

9-11 pagi – Arwah abah masakkan makanan tengahari. Kami makan bersama, bergurau senda.

11-1 tengahari – Saya tolong kemaskan kelengkapan, pakaian dan bahan ceramah untuk abah sebelum berangkat ke Pulau Pangkor. Abah bagi nasihat kepada saya. Kami bincang tentang masa depan.

1.30 petang – Abah solat Zuhur, solat sunat dan sujudnya agak lama. Saya salam abah sebelum bertolak ke SMK Sg Pusu untuk ambil Nabilah. Salam awal-awal, takut abah dah bertolak dulu tak sempat nak salam. Saya juga terfikir kalau dalam perjalanan saya mati, tak sempat salam abah.

1.50 petang – Bertembung dengan kereta Viva hitam yang tak kami kenali semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Rupanya-rupanya dalam tu ada abah, sedang melambai-lambai kami dan senyumannya amat ceria sekali. Sayu seketika.

2.15 petang – Qailullah. 

3.00 petang – Tersentak, terjaga dari tidur. Tiba-tiba, ada penggilan dari orang yang tak dikenali. Melaporkan abah dalam kemalangan. Kami tenang dan mendoakan. Tiba-tiba dapat balik panggilan kedua yang mengatakan bahawa pemandu kereta Viva telah meninggal dunia. Kepala pemandu itu terpancung dengan besi lori, kepalanya hampir putus! Tapi alhamdulillah, penumpang di sebelahnya masih hidup dan dalam perjalanan ke hospital. Entah di mana. Entah langgar apa, kami tak dapat info.

3.30 petang – Saya ambil adik-adik dari Al-Amin bawa pulang ke rumah, sediakan makanan, sementara umi, Nabilah dan tokmek terus pecut mencari abah yang entah bagaimana keadaannya.

4.30 petang – Terkejut apabila dapat berita bahawa abah tak sedar diri dan dalam keadaan sangat kritikal. Kami solat hajat di rumah. Abah dipindahkan dari Hosp Kuala Kubu ke Hosp Sg Buloh. Umi tak dapat dihubungi.

8.30 malam – Barulah kami berangkat dari rumah ke Hosp Sg Buloh ditemani bapa saudara. Walaubagaimanapun masih tak dapat lihat wajah abah. Arwah abah ketika itu masih dalam operasi dalam 6 jam.

 

 

1 April 2011, Jumaat

– – – – – – – – – – – – – – – 

Pagi – Pertama kali lihat wajah abah selepas kemalangan di ICU. Menangis teresak bagaikan tak percaya itu abah. Wajahnya sangat lain, membengkak dan penuh dengan luka. Tempurungnya dibuka, otaknya membengkak, tulang muka retak dan tapak tangan kanannya luka teruk kesan menahan hentaman kuat akibat kemalangan dengan lori. Adik saya Nurteh menangis sangat kuat terkejut sangat sehingga nurse yang nampak semua menangis. Abah baru sangat bagi hadiah macam-macam pada Nurteh, beri nasihat pada kami, bergurau senda, buat kami semua gembira. Ya Allah, macam tak percaya dan kami sangat merindui dia!

 

Hari-hari kemudiannya.

– – – – – – – – – – – – – – –  

Abah KOMA selama 45 hari di Hosp Sg Buloh, kami menjaganya dengan baik. Hari-hari kami ziarah abah. Membacakan ayat-ayat Allah dan mendoakannya. Waktu melawat hanya dua kali, tengahari dan petang. Kami kerap ulang alik dari Gombak ke Sg Buloh 2 kali sehari tanpa rasa jemu.

 

Saya tahu dalam diam dan pura-pura gembira, sebenarnya adik bongsu saya Attief sangat sedih sampai dia tak mampu lihat wajah abah. Dia hanya berani lihat jari kaki abah sahaja sehinggalah abah di wad HDW.

 

Di hospital, umi dan adik-beradik saya dapat belajar banyak benda tentang Neurologi sehinggakan kami sendiri boleh baca borang kesihatan dan update perkembangan kesihatan abah seperti jururawat dan doktor di situ.

 

Wad neuro ada macam-macam kes. Kita lihat suasana orang sakit, 7 tahun koma tak pernah sedar tapi mak dia tabah jaga dia, orang merempit accident sampai kepala retak, tempurung kena cabut, luka sana sini, dapat lihat orang baru sedar dari koma tapi tak mampu bercakap, ada yang dah sedar tapi esok terus meninggal… Ada macam-macam cerita.

 

Di wad abah, dalam sehari mesti ada 3 – 4 orang yang meninggal dunia. Sekejap emergency sana, sekejap lagi emergency di katil ni. Masa tu kita rasa, kematian itu bila-bila saja. Boleh jadi kita mati dulu sebelum mereka dan hakikatnya semua orang akan mati. 

 

15 Mei 2011

– – – – – – – – – – – – – – – 

Malam itu umi tak mahu pulang. Nurteh temankan umi. Saya masih tak dapat tangkap apa yang berlaku ketika itu. Blood pressure abah tiba-tiba tidak stabil. Semakin turun dan turun. Tiada ubat.

 

Doktor hairan kerana hari sebelum itu abah sangat sihat dan jarinya menunjukkan pergerakan dan respon yang agak banyak. Dari pagi hari sampailah petang, doktor masih tak dapat kesan apa yang tidak kena dengan abah sehingga blood pressurenya semakin rendah. Sebelum maghrib, barulah doktor beritahu bahawa ubat dan air yang dimasukkan ke dalam saluran makanan abah tidak dapat digest dah beberapa hari, sehingga menyebabkan paru-parunya berair. Air ubat sebanyak 2 liter telah dikeluarkan dari perut abah. Tapi sudah terlambat.

 

Abah meninggal dunia pada 16 Mei 2011, semasa orang sibuk bangun malam solat tahajud, solat hajat. Sungguh saya amat bersyukur dapat jaga abah selama 45 hari dan bantu umi urus keluarga sebelum abah meninggal. Banyak dosa saya pada mereka. At least, saya dapat berbakti untuk abah, walau sikit sangat pengorbanan itu.

 

“Abah, abahlah abah Azah dunia akhirat”, itulah bisikan saya hari-hari masa jaga dia. Saya sempat mandikannya, melihat jenazahnya yang sangat cantik dan bersih, wajahnya tenang. Adik lelaki saya Fattah mengimamkan solat jenazah di rumah sebelum bapa saudara saya Ustaz Hasanuddin mengimamkan solat jenazah di masjid. Ramai orang hadir dan mendoakan.

 

Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin! Alfatihah untuk arwah Hj Kamarulzaman bin Hj Md Yunus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s