Pengurusan Harta Pusaka

Salam..

Sejak abah meninggal ni.. Saya mula didedahkan dengan wasiat dan pengurusan harta faraid atau harta pusaka.. Turun naik mahkamah kot nak uruskan semua ni.

Yang dah pergi, tetap dah pergi. Kita yang tinggal ni kenalah pandai-pandai nak berdikari menguruskan apa yang ditinggalkan oleh si mati. Kalau ada hutang, kena langsaikan. Kalau ada lebihan, kena agihkan. Kalau belum ke haji, kena tolong buatkan. Kan banyak tu kena urus?

Hakikatnya tak mudah. Pusing-pusing, kembali kepada wasiat. Wasiat itu sangatlah penting. Dan pengurusan harta faraid itu amatlah penuh dengan komplikasi. Kita tak boleh terlalu longgar atau terlalu ketat apabila menguruskan harta arwah. Jadi, sekali lagi..Kita perlu banyak membaca dan menuntut ilmu dalam bidang ini.

Mungkin pada masa arwah meninggal kita lihat ramainya yang menangis. Siap ada yang kesian sampai kata ,”takpalah.. Saya tak nak harta arwah.. Awak ambillah semua. Satu sen saya tak nak”. Tapi tak lama lepas tu tumbuh tanduk, nampak belang. Bukan tanya hak dia sahaja, tapi nak lebih-lebih pula. Tak ke timbul kekacauan di situ?

Terlalu banyak kes pergaduhan sesama saudara sudah dilaporkan. Kebetulan sepupu saya peguam syariah. Macam-macam drama depan mata dia. Isteri rampas duit daripada mak mertua. Mak mertua rampas segalanya daripada menantu. Adik beradik berpecah belah. Anak-anak menengking ayah sendiri depan orang ramai. Kan susah tu.

Susah.. Nak letak nama siapa? Takkan sebuah rumah nak dibelah lapan? Tanah nak dipecah 10 kerat? Macam-macam persoalan boleh timbul. Syaitan ada saja nak cucuk dari mana-mana segi.

Kerana jahil mungkin kita boleh bergaduh porak peranda.

Atau boleh jadi yang pakai songkok atau serban yang DAH TAHU pun terus hilang rasa wara’nya bila sebut fasal HARTA. Mata mana yang tak terbeliak kalau dapat tahu ada durian nak runtuh..

Dan apabila kita sudah membuat wasiat, kadang-kadang tak semua wasiat kita itu akan dilaksanakan selepas kematian kita. Pelikkan? Heh. Seperti contoh, kita tidak boleh wasiatkan “Saya tak mahu beri apa-apa kepada ibu saya selepas kematian saya sebab saya telah menghabiskan lebih separuh harta saya untuk ibu saya semasa saya hidup. Jika saya mati, saya mahukan semua harta saya ini digunakan untuk membesarkan anak-anak saya yang masih kecil”. Walaupun ulang 20 30 kali, kita tetap tak boleh wasiat macam ni.

Maka, di kesempatan ini saya ingin membantu anda yang ingin membuat wasiat awal-awal bagi memudahkan pengagihan harta pusaka mengikut syarak. Bagaimana?

Anda bolehlah berurusan dengan pakar perancangan harta pusaka islam.

Link : http://www.as-salihin.com/

Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, as-Salihin adalah sebuah Syarikat Amanah yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta hasil titik peluh mereka untuk manfaat orang-orang tersayang apabila mereka meninggal dunia kelak melalui perancangan harta Pusaka Islam.

Misi

Sasaran as-Salihin menyediakan semua perkhidmatan berkaitan Perancangan Harta berasaskan prinsip Syariah.

Kepada anda yang berminat boleh isi borang di bawah :

atau whatsapp 013-6044870.

Sekian terima kasih.

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s