Menyusu di Bulan Ramadhan

Salam alhamdulillah terkejut juga.

12124_10151492277629686_493862687_n

Saya tak perlu buka puasa sebab sakit atau penat kerana menyusu, begitu juga seperti tahun lepas, saya mengandung sambil berpuasa, tak perlu berbuka, cuba tahan dan alhamdulillah mendapat kekuatan yang amat. Semangat!

Alhamdulillah. Bulan Ramadhan ni juga rezeki tak habis! Bisnes sentiasa berjalan lebih dari yang biasa.

Selain bisnes, rezeki susu badan pun masih banyak. Sekali perah 2 botol dapat dalam minimum 7 oz.

Alhamdulillah.. Saya juga target tak nak hantar anak ke Educare selalu. Saya cuba menyusu badan direct setiap hari dari pagi sampai malam. Nampaknya, dia tak lapar atau haus dan tak perlukan susu formula sebagai tambahan di bulan Ramadhan ni.

Alhamdulillah hilanglah kerisauan saya kalau susu badan tak cukup bulan Ramadhan ni..

Selain tu, Hafidz pun dapatlah rasa susu hasil puasa mama🙂 Semoga mendapat barokahnya Amiin.

Tips : Jika kita menyusu badan.. Tak perlu risau anak kita perlu minum air banyak atau tidak. Kalau dia haus, kerapkan lagi menyusu.

Jika anak kita minum susu formula, kena dan wajib berikan air masak selepas minum susu!

Ini kerana susu IBU sudah mengandungi 70% air yang diperlukan oleh bayi manakala susu FORMULA tidak konsisten sukatan air yang diperlukan oleh bayi.

Dengan garam mineral dan vitamins dari susu IBU, ia memang mengenyangkan dan menghilangkan haus bayi. Lengkap sekali ciptaan Allah. Subhanallah!

Jadi kesimpulannya, kenapa saya semangat nak menyusu badan? Sebab susu ibulah susu yang terbaik untuk anaknya sendiri! Jadi kalau dah nak ada anak tu.. Please!

Amaran : Jangan kerana nak kurus makan ‘JAMU’ yang panas dan boleh menyebabkan anak anda cirit birit.. Sebab tu je anda beralasan tak nak menyusu badan?

Dan! JANGAN pula rasakan menyusu badan ni cepat penat, cepat haus, cepat lapar.. So anda rasa MALAS nak menyusu badan. Haish..

Menyusu badan ni banyak barokahnya..

Selain memurahkan rezeki anda, tak perlu keluar RM35 untuk setin susu sebulan…(Kadang-kadang tutak cukup kena tambah lagi 2 tin sebulan..) Menyusu badan memang banyak memberikan kesan positif dari segi pendidikan anak itu sendiri. Bila anda SANGAT RAPAT dengan anak, cuba memahami dia, mengusap kepala anak, memberi kasih sayang… Itu semua memberi impak kepada akhlak dan syakhsiah anak tu sendiri.. Bonding anda dan anak anda tu memang kena rasa! Rugi siapa yang tak mengalami dan menghayatinya sendiri.

Kalau anda berpengalaman, bila menyusu badan, kita akan rasa automatik nak mendoakan anak kita.

Kan best! Allah dan malaikat juga turut mendoakan kita dan anak kita.. Sebab tu saya dapat rasakan meluangkan masa berjam2 untuk menyusu anak, bukan lah MELIMITKAN MASA saya, bukanlah sesuatu yang MEMBAZIR. Tapi ada bayarannya untuk saham AKHIRAT. Ia adalah IBADAH yang amat amat amat amat amat berharga.

Untunglah menjadi IBU. Walaupun di bulan Ramadhan kadang2 kita tak dapat membaca AlQuran macam orang bujang baca, walaupun kita tak ada masa untuk TARAWIH panjang berjamaah macam DULU, tapi kita ADA SAHAM AKHIRAT berganda di bulan Ramadhan kerana MENJAGA anak dan mendidik anak kita🙂

Saya perasan sejak ada anak.. Walau saya ada masa HANYA beberapa minit SAHAJA untuk belajar malam sebelum exam… Tapi saya dapat rasakan beberapa minit tu lah masa yang amat berkualiti!

Semoga anak kita dan kita membesar menjadi ahli syurga Amiin!

FB page :

Tips Menghadapi Keguguran

Tips Untuk Masalah Kanser

Tips Untuk Masalah Kencing Manis dan Batu Karang

Tips Kesihatan Menjaga Mata

Tips Masalah Otot, Tulang dan Sendi

Supplement Untuk Masalah Kulit dan Rambut

Vitamins for Children

nurazahfathirah.wordpress.com

Azah’s Collection

Tips Berpantang

House of Bidang 60

Wholesale Alharamain

One thought on “Menyusu di Bulan Ramadhan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s