7 PANDUAN LATIH ANAK MEMBACA

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.” [Saidina Ali bin Abi Talib]

 

1. Pilih suasana santai, gembira dan senyap.

– Jauhkan atau matikan radio dan TV.

– Selalu kaitkan pembacaan dan buku-buku dengan perkara positif.

2. Latih anak mengucapkan Bismillah setiap kali sebelum memulakan bacaan.

– Terangkan kepada anak anda bahawa membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan mempunyai kebaikan yang sangat banyak.

3. Tumpukan kepada satu bahasa dalam setiap pembacaan.

– Penerangan dan pembacaan sampingan juga perlu menggunakan bahasa yang sama seperti yang dibacakan supaya konsisten.

– Mulakan pembacaan dengan bahasa ibunda. Untuk bahasa Melayu, gunakan bahasa baku.

– Usah terburu-buru untuk membaca kesemua bahasa. Tumpukan kepada satu bahasa selama dua hingga tiga bulan lebih.

4. Khususkan satu pembaca untuk satu bahasa.

– Libatkan seisi keluarga dalam aktiviti membaca kepada anak anda.

– Jika anda satu-satunya pembaca, khususkan hari atau masa tertentu bagi setiap bahasa.

– Baca di hadapan anak dengan yakin. Jika perlu, latih membaca dalam sesuatu bahasa terlebih dahulu.

5. Bacakan tajuk buku dan kandungannya sambil menunjukkannya dengan jari anda.

– Bacakan juga nama penulis dan pelukis supaya anak faham bahawa coretan-coretan tersebut ada maknanya.

6. Gunakan intonasi yang sesuai.

– Gambarkan perasaan gembira, sedih, atau takut dengan mengubah nada suara untuk menarik perhatian dan minat anak.

7. Elakkan mengajar mengeja kecuali diminta oleh anak. 

-Mengeja tidak penting pada peringkat awal pembacaan kerana ia melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan mengetahui pola ejaan.

Oleh : Zubaidah Abdul Ghani 

Dipetik daripada Siri Alam Si Kecil. 

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s