Sembang-sembang

Assalamualaikum wrh wbt.

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat- lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). (Al-Insyiqa’ : 6)

Dunia.

~

Ada seorang rakan komplen dulu minyak motor RM7 bila isi asyik tumpah. Sekarang banyak senang. Dah tak perlu mintak duit pulangan sebab dah muat nak isi. Alhamdulillah pandai dia melawak.

~

Masa.

Sibuk di dunia tak mengapa. Asalkan ada kerja untuk dibuat selain tidur dan makan dan termenung.

Memang masa itu amat singkat. Siapa rasa masa dia terlalu banyak, itu tandanya dia tidak bertanggungjawab. Sebab tanggungjawab itu hakikatnya lebih daripada masa yang kita ada.

Bisnes.

Siapa kata bisnes itu bahaya untuk kesihatan rohani?

Allah, tapi tak dinafikan bisnes itu boleh melalaikan jika kita berTuhankan wang ringgit atau berTuhankan produk jualan kita tu.

Perlu diingat, hidup lillah. Maka, bisnes juga adalah sebahagian amal ibadah juga, tahu?

Di dalam dunia bisnes, saya belajar rezeki itu di tangan Allah. Kerana itu pergantungan kena KUAT.

Juga di dalam dunia bisnes, kita BEBAS! Tidak seperti kerja makan gaji.

Tapi kesan kebebasan dunia bisnes ini boleh menjadikan kita amat berlenggang atau amat sibuk.

Maka, pilihlah yang SEDERHANA.

Apapun, rugi siapa yang asyik merungut duit tak cukup tapi tak pernah bersyukur dengan nikmat dunya yang terlalu melimpah ruah!

Kita, ada air. Ada letrik. Ada jalan raya. Ada sungai. Ada pokok berbuah. Kita bukan di padang pasir kering kontang.

Kita di Malaysia! Tanah yang kaya. Maka, jiwa mesti macam orang kaya walaupun poket kosong.

~

Hari ini saya ingin bercakap mengenai ‘kedegilan’ pemiutang.

Pernah saya kekurangan duit akibat kenakalan dalam dunia bisnes yang penuh dengan gelombang dan ombak tinggi rendah. Tapi saya berlagak senyum sampai ke telinga seperti tiada apa yang berlaku. Adalah pada hari itu, saya ingat, saya di bulan Ramadhan.. Orang sibuk berbelanja untuk raya. Tapi saya dicekik dengan hutang KLIEN dan orang kaya yang mengada suka berhutang sampai akhir bulan, sampai dua tiga bulan.

FINE.

Cuma, nak dikatakan, di tengah2 keadaan tak boleh bernafas itu, tiba-tiba saya dirasuk untuk melakukan ribaa. Kerana memberi hutang adalah merugikan!

Akan tetapi dengan izin Allah, di bulan penuh barokah, saya dapat kawal nafsu saya agar menjauhi apa yang dilarangNya.

Saya, tak mampu nak berkata apa. RIBAA itu HARAM. JELAS HARAM!! Maka, saya tak boleh berdalih lagi. Saya kena pandai-pandai hidup sendiri.

Barulah saya tahu, ribaa itu adalah kegemaran nafsu yang amat bahaya. Fiuh.

Tammat.

~

Buka kisah lain :

Suatu hari di bulan Ramadhan juga, saya dipelawa untuk ke Masjid Negara bersama ‘orang Mesir’ untuk memberi ceramah.

Ia adalah hari yang agak penat kerana membawa kereta dengan mata juling.

Apa tidaknya, kereta-lori-motor macam semut, himpit sana sini di KL.

p/s : Anda kena faham, perempuan bawa kereta ke tempat-tempat baru tu macam mana😛

Ok.

Topik pada hari itu berbunyi HATI dan RAMADHAN menyingkap hadis 6 daripada matan arba3in.

Begitu cantik hadis itu. Jelas.

Dan saya semestinya bukan ustazah di sana, hanya sebagai budak hingusan dan banyak silapnya.

Sampai masa untuk saya bercakap, soalan moderator bertukar lain pula.

Adui.

Maka, di sinilah saya ingin ‘menampal’ kelompongan itu… Hee😀

~

Hadirin.

Yang halal itu sungguh jelas dan haram juga amat jelas. Kita tiada halam.

Sebuah lagi hadis Rasulullah saw,

دع ما يريبك إلا ما لا يريبك

Maksudnya : Tinggalkanlah apa yang meraguimu kepada yang tidak meraguimu. 

Pada satu garisan lurus hitam dalam Adobe Photoshop.. Apabila anda ZOOM IN, anda akan lihat garis itu akan kabur dan pecah-pecah sebelum sampai ke warna putih. Ia adalah analogi bagi topik SYUBHAH; yang sepatutnya saya tekankan pada waktu itu. Selagi hitam, ia tetap haram. Ingat tu.

Ibnu Al-Mundzir telah membahagi-bahagikannya kepada tiga bahagian iaitu:

a. Sesuatu yang memangnya diketahui akan keharamannya oleh seseorang, kemudian dia ragu-ragu (syak) tentangnya; Adakah ia tetap kekal dengan kehalalan nya atau tidak? Seperti dua ekor kambing salah seekor dari kedua- dua ekor kambing itu telah disembelih oleh penyembah berhala lalu kita merasa ragu-ragu kambing yang mana satu telah disembelih oleh penyembah berhala tersebut. Jawapannya tidak halal baginya memakan salah satu daripada kedua ekor kambing ini melainkan jika dia benar-benar yakin akan kehalalan salah seekor daripadanya.

b. Sesuatu perkara itu halal tetapi ragu -ragu (syak) akan keharamannya: Seumpama seseorang yang telah berwudhuk kemudian ragu-ragu sama ada ia masih berwuduk atau telah terbatal wuduknya. Dalam hal ini jika dia yakin bahawa dia sudah berwuduk atau wuduknya masih belum batal, maka hukum ke atasnya ialah dia sudah berwuduk dan wuduknya masih belum terbatal. Sebaliknya jika dia yakin bahwa dia belum berwuduk atau wuduknya sudah terbatal maka hukum ke atasnya dia belum berwuduk dan wuduknya sudah batal.

c. Dan sesuatu yang sama-sama diragui akan keharaman atau kehalalannya (50-50), maka yang lebih utama hendaklah meninggalkan perkara yang diragui itu. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap sebiji tamar yang terjatuh dari pokoknya.

“Sesungguhnya aku telah pulang menemui isteriku lalu aku mendapati sebiji tamar di atas tempat tidurku , kemudian aku mengambilnya untuk memakannya, namun aku takut seandainya ia dari sedekah lantas aku mencampaknya.”

Sabda Rasulullah saw lagi,

. فمن التقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه

“..maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya…”

~

Bagi saya, hadis ini amat amat penting bagi semua orang,

Pertamanya, dari segi penjagaan makanan halal kerana ia melibatkan hati dan perangai kita dan anak2.

Nampak logo yang tidak meyakinkan, jangan berani sedap mulut menelan.

Ia adalah tabiat kita dalam menjaga makan, di mana kita perlu berhati-hati.

Saya punya fatwa: HARAM kalau demi nak jaga DIET, sanggup tak makan nasi, untuk makan yong tou fu yang tidak halal. HARAM.

~

Kedua, banyak sangat tindakan kita hari ini amat melulu.

Baik pengawas, baik guru, baik pemimpin, baik anak, baik ibu, baik bapa…

Entah berdosa ke tidak buat benda itu, tapi kita terus buat.

Entah betul ke tidak, tanpa siasat, kita terus bertindak.

Apabila kita jelas tidak tahu, janganlah buat-buat seperti tahu.

Jika ia adalah SYUBHAH, jauhilah!

Jika sesuatu kemusnahan berlaku, jangan cepat menuding jari.

Sehingga kita sanggup memusnahkan ‘kemusnahan’ itu dek kemarahan NAFSU.

Kerana ia TIDAK AKAN menyelesaikan, sehingga akhirnya masing-masing rugi termasuk si pemarah.

~

Pengajaran di sini, apapun di dunia, namapun dunia, memang banyak kesilapan dan dosa serta pengkhianatan yang berlaku.

Kerana itu wujudnya AGAMA.

Jika anda seorang penganut agama Kristian, pergilah ke gereja.

Jika anda penganut agama Budha, Hindu dan sebagainya, pergilah ke tokong atau mana-mana tempat untuk anda mencari Tuhan.

Tuntutlah ilmu agama anda betul-betul.

Bukan pergi ke gereja, doa, balik. Pergi masjid, doa dan balik. Pergi tokong, doa dan balik.

Tapi pergilah ke tempat suci itu untuk mencari sesuatu, bukan setakat meminta doa.

Carilah Tuhan, carilah kebenaran.

Kerana kemiskinan, hingusan, kelaran, goresan, torehan, sembelihan, pembulian dan pembunuhan tidak patut dibalas dengan tangisan, keMARAHan atau PUTUS ASA dengan menggantung diri di kipas siling.

Ujian kehidupan sebenarnya boleh menghidupkan sesuatu yang tidur.

Iaitu diri kita sendiri.

Yang hakikatnya buta.

Jika kita orang yang bersyukur…

Bersyukur dan redhalah serta ucapkan terima kasih kepada Tuhan atas nikmat hari ini.

Allah itu WUJUD. Tuhan memang ada.

Jika banyak ketidakadilan yang berlaku, jika banyak kemusnahan dan pengkhianatan…

Tuhan itu MAHA ADIL.

Untuk membalas budi dan kebaikan manusia.

Serta tidak lupa membalas segala kejahatan tangan-tangan manusia.

Wallahua’lam.

Cikgu Azah,

Guru peribadi calon UPSR 2013

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s