DAFTAR Rekreasi Sunnah Berkuda

Image

Alhamdulillah syukur amat. Akhirnya berjaya juga saya mengurus beberapa program sukan berkuda di Rubinga Heritage.

Saya selaku penggemar sukan berkuda sejak berumur 10 tahun lagi, tidak mahu pengalaman ini setakat dirasai oleh saya seorang.

Maka, ingin saya kongsikan bahawa aktiviti sukan berkuda ini amat banyak manfaatnya insya Allah… Baik dari membaiki hubungan suami isteri, membaiki hormon lelaki dan wanita, merawat masalah mati pucuk, membina keyakinan diri, memupuk sifat kepimpinan dan yang paling penting sekali, ia adalah SUNNAH!

Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat :-

a) membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.
b) Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi.
c) Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).

Melalui aktiviti berkuda ini adalah diharapkan murid-murid bermasalah pembelajaran dapat :-
i) Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka.
ii) Melatih mereka supaya mematuhi disiplin.
iii) Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar.
iv) Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.
v) Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

Alhamdulillah kerana saya telah berpeluang lama mengenali tauke kuda Rubinga Heritage di Gombak. Beliau amat suka berkongsi pengalaman dan amat rendah diri walaupun sudah memiliki lebih 18 ekor kuda.

Haji Rusnan Ngadio, berasal dari Jawa, berkahwin dengan orang Terengganu, merupakan usahawan bumiputera yang telah menggerakkan banyak bisnes fardhu kifayah seperti kilang soya tauhu tempe, kilang perabot, juga membuat kerja-kerja kontraktor di Malaysia.

Saya telah diarahkan oleh beliau untuk menguruskan program latihan dan motivasi serta bengkel bagi mereka yang ingin mengamalkan sunnah berkuda, mengetahui hikmah menunggang kuda serta belajar cara berkuda dengan betul.

“Allauhumma a3fini fi badani, Allahumma a3fini fi sam3i, Allahumma a3fini fi basori”

Semoga dengan aktiviti ini kita mampu mempelajari ilmu yang amat bermanfaat untuk dijadikan sebagai bekalan dunia akhirat.

Aamiin.

Di bawah ini ialah keterangan tentang program SUNNAH BERKUDA.
“NOW, EVERYBODY CAN LEARN HOW TO RIDE!”

ROUGH TENTATIVE – TENTATIF KASAR :
THEORY – TEORI
The significance of horse riding – HIKMAH BERKUDA
Safety education – PANDUAN KESELAMATAN
Introduction to horse physiology – MENGENALI SUSUK TUBUH KUDA
Breakfast – SARAPAN NASI LEMAK
Communication with the horse – BERKOMUNIKASI DENGAN KUDA
Horse riding demo – DEMO MENUNGGANG (WALK, TROT, CANTER, GALLOP)

PRACTICAL by every participant – WAJIB PRAKTIKAL OLEH SETIAP PESERTA

UPDATED : RM40/per person – RM40/orang

Limited to 60 seats. – Had 60 kerusi

Venue/Tempat : RUBINGA HERITAGE, Jalan Dato Kaharuddin, Kg Changkat, Gombak.

EVERY SAT OR SUN / SETIAP HARI SABTU ATAU AHAD

Nota Kaki :

Program Sunnah Berkuda ini adalah untuk BEGINNERS, untuk mereka yang pernah menunggang kuda tetapi tidak pernah belajar asas menunggang kuda.. atau pun tidak pernah langsung berpengalaman dalam menunggang kuda.

Pakej yang disediakan ialah :

Pakej

LIKE Rekreasi Sunnah Berkuda – SOC

https://www.facebook.com/berkudaitusunnah

JOIN OPEN GROUP Sports Outdoor Club (SOC) Gombak

https://www.facebook.com/groups/200165010168514/

SILA BUAT PENDAFTARAN DI SINI 

Rekreasi Sunnah Berkuda

*Tarikh program akan muktamad apabila lebih 20 orang yang mendaftar untuk menghadiri program ini.

25 thoughts on “DAFTAR Rekreasi Sunnah Berkuda

  1. Alhamdulillah..at last jmpa jgk tmpt utk saya blaja nek kuda..tq 4 your info..looking 4ward utk blaja..tp tmpt die kat mane ye..abah saya sibuk mengajak nk pegi tgk tmpt..lg satu aktvt yg ari sabtu tu ade had umur ke? Abah saya nk sgt join..n proper attire utk blaja riding ni mcm mane ye..sorry byg sgt soalan..teruja nk blaja..msa student dlu hanya mampu tgk je..

  2. Assalam..
    Nk taye, kt sini ade had umur x bagi yg nk belajar menungang kuda dan ade ape2 syarat x sebelum menyertai aktiviti kt sini?

  3. asalamualaikum. sye nih minat nk menunggang kude tapi sye tinggal di johor . sye umo 15 bole tak sye menunggang dgn umo skrg ? dan kalau di johor kat mne tempat nak blaja tunggang kude? saye betol2 minat nak menunggang kude cume peluang nak blaja tu takde. ade pape bole ws sye 0127283827

    • farisya, bole like Riyadh Equestrian fb. ada sunnah berkuda dan memanah di Tiram Equine Park, johor dekat tiram indah village.

  4. Assalamualaikum, saya dari SAMUS Kanchong Darat , banting nak buat rombong untuk 40 org.. agaknye boleh tak? kami nak buat kalo boleh lepas spm.. boleh dptkn tarikh untuk kami?? boleh wassap saye 0166537663. tme kasih

  5. Subhanallah, seronok kali ku lihat blog ini bang. :’)
    Salam hangatku yang ingin sekali berkuda di sini negeri ini diisi penuh oleh kaum muslimin,

  6. Salam.. Saya nak tanya had umur dan harga.. Kalau utk 6 tahun ada ke aktiviti utk sukan memanah brkuda? Kalau utk dewasa pula macamana? Boleh x sy dapatkan contact number?

  7. salam. maaf sy xberapa jelas.

    1)kalau yg sejam rm50 tu bole ke utk yg beginner? contoh mcm sy xpernah even naik kuda pon, tp nk belajar..
    2) yg rm500 tu 1 sesi ye? maksudnye 10 sesi= rm5k. camtu?

  8. Salam..

    Saya berminat dengan aktiviti yg di jalankan oleh pihak Rubinga Heritage
    . Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelas untuk kanak-kanak tadika seperti yuran, masa belajar dan lain-lain yang berkaitan dengan aktiviti yang di jalankan oleh Rubinga Heritage

    Kerjasama pihak Rubinga Heritage amat kami hargai.

    Sekian terima kasih

    Aznee Yantee
    Tadika Permata Mama Ceria
    HP :0133724126
    OFFICE : 03 – 89280776

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s