Masih Tak Pindah Ke?

Salam walhamdulillah. Masih diberikan nikmat iman Islam dan kehidupan yang serba indah.

Syukur juga saya masih boleh menulis blog lagi sementara masih sangat sibuk membahagikan masa dengan sebaiknya.

Ya, mujurlah sejak kahwin, segalanya berubah. Suami sangat berdisiplin membahagikan masa, setiap pagi mesti ada diskusi apa nak dibuat sampai ke malam esoknya. Walaupun umur kita masih muda, tapi kami berdua pernah menghadapi abah meninggal, mak meninggal dan anak kami sendiri meninggal. Umur yang pendek inilah perlu dimanfaatkan sebaiknya. Padatkan dengan aktivitas yang sangat menyeronokkan dan memberi manfaat.

Baiklah. Post kali ini nampak begitu penting sekali. Walaupun tak ada yang bertanya di mulut, tetapi saya pasti ramai yang bertanya di hati. Kenapa tak pindah rumah? Duduk di rumah sendiri?

Allah Maha Besar.

Sejujurnya saya nak sangat bernikah kerana memang terasa keperluan ‘rumah besar’ ini untuk ada lelaki dewasa.

Sejak abah dah tak ada, amatlah sedih bila amalan solat berjemaah yang dah jadi rutin tiba-tiba berkurangan sebab tak ada imam lelaki. Bila tetamu lelaki datang, tak ada wakil lelaki yang nak melayan. Pelayannya perempuan. Lagi lah bila ada saudara mara yang menyinggah dan nak tumpang tidur. Terasa sangat kekok dan tak selamat bila tiada lelaki dewasa sebagai ketua keluarga. Belum masuk bab kecemasan bila kereta rosak di tengah jalan, di tengah malam… banyak sebenarnya kejadian kecemasan yang memerlukan ketua keluarga, lelaki dewasa.

Haha, tulah, dulu masa kecil menyampah dengan lelaki. Tengok sekarang, bila dah besar, betapa perlunya lelaki dalam keluarga.

Jadi, saya memang sengaja utamakan prioriti. Biarlah saya tak seberapa kenal suami, tak pernah bercinta, saya nak kawin juga. Asalkan dia mampu beri nafkah, mampu jadi ketua keluarga saya yang baik.

Ramai yang fikir dengan termeterainya akad nikah, kira keluarga baru kita dan ibu bapa terpisah. Tak, bagi saya, ia adalah suatu permulaan kepada perjalanan yang jauh.

Sejak hari kawin, saya masukkan suami dalam dunia saya. Nah, tengok semua puzzle yang ada dalam rumah ni, kot ada apa2 yang boleh tolong disettlekan.

Memang banyak sungguh puzzle.

Ya lah, pada umur 18 tahun, saya dah pernah merasa jadi ayah, jadi mak, jadi abang, jadi kakak. Rasa nak tercabut semua. Sebab kita terpaksa fikir banyak dan keluarkan tenaga bila abah koma dan umi fokus jaga abah di hospital.

Sekarang bila abah dah meninggal, giliran umi untuk hadapi semua ini. Tentu bebanannya amat tinggi dan perlukan supervisors dalam membuat keputusan. Perlu copilot dalam menghadapi kecemasan.

Umi lah abah, umi lah umi, umi lah anak yang perlu jaga tok mek yang sakit.

Sejujurnya, tak sampai hati tinggalkan umi. Kerja ofis, kerja dapur, kerja menyara, kerja ambil hantar anak sekolah, semuanya umi.

Alkisahnya. Suami saya engineer, biasa outstation, dulu kerja dengan syarikat orang Rusia, kemudian syarikat Jepun. Saya limitkan supaya banyak luangkan masa dengan kelurga sebab banyak puzzle nak diselesaikan. Kami cuba apply jadi lecturer UIAM dan alhamdulillah berjaya dapatkan biasiswa sambung belajar PhD.

Saya dan suami pernah terfikir nak pindah ke US buat degree dan PhD di sana beberapa tahun. Dah bincang dengan universiti. Tiada masalah, cuma kami gelisah. Biarlah di Malaysia sahaja, di Gombak sahaja, biarlah umi tak keseorangan menghadapi semua ini. Ada rezeki, kami ke luar negara sekejap2. Tak nak lama2 nanti ketinggalan, tak nampak puzzles yang belum beres. Kesian umi terpaksa jaga mak dan anak2 seorang diri.

Jadi, inilah pengalaman saya duduk menumpang. Nampak macam parasit kan haha. Ya, tapi tak sebenarnya.. Suami saya ada membeli beberapa buah rumah sendiri, tapi kami lebih terasa pentingnya hidup dengan umi. Sebab umi perlukan kekuatan, perkongsian dengan anak2.

Tapi pentingnya bila hidup di rumah mak, urusan makan, minum, bil api air dan sabun basuh baju semua dibayar bulan-bulan sejak tahun pertama perkahwinan kami. Mana boleh FREE! Dah la ini rumah anak yatim. Suami kan wajib sediakan rumah, makan dan pakaian isteri dan anak2!

Kesannya, damai, tiada pergaduhan. Semua saling tolong menolong, belanja membelanja…

Adik beradik saya tak pernah bising terpaksa pakai tudung sepanjang masa. Sebab mereka tahu kami ada motif lebih penting dari itu, yang orang luar tak tahu. Mereka juga selesa ada ‘lelaki dewasa’ yang boleh menjadi pengganti sementara menanti ketua keluarga yang sebenar muncul.

Siapakah ketua keluarga tu nanti ya? Hehehe wallahualam. Yang jelas, bila adik lelaki saya dah cukup matang, dia boleh lead the house.

Ada banyak puzzle yang masih perlukan solusi!

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s