Hari Ketujuh Kelahiran Ketiga

“I said push!!! Your baby is dying!!!” jerit specialist lelaki dan jururawat berkali2 di bilik bersalin bersebelahan dengan bilik saya. Menyeramkan.

“Gedebang!!!” Bunyi orang sepak atau hentak sesuatu.

“I said push!!! Do you understand??? Your baby is dying!!!”

Semua terdiam.

“Vacuum!”

Lama juga, baby tak dapat nak keluar walaupun dah pakai vacuum. Sebab si ibu tak meneran langsung. Tapi akhirnya baby selamat dilahirkan. Syukur dengar bunyi tangisan bayi. Masih hidup.

Kisah bilik sebelah jadi pengajaran. Perjuangan ini perlukan kerjasama 2 jiwa. Mak dan anak kena berusaha dan berjuang bermatian. Jangan putus asa.

~

Tengah sakit dan gelak2 dgn suami dlm labour room… seronok menantikan kelahiran anak ketiga kami.. tiba2 tergerak hati nk tengok sendiri warna air ketuban.

Alamak! Innalillah, nasib baik check sendiri. Berdebar2 bila dpt berita buruk last minute. Rupanya baby baru terberak, moderate. CTG jantung baby makin tak cantik. Specialist yang mengamuk dari bilik sebelah tadi terus ambil alih kes saya.

Doktor dah termenung dan risau sambil baca CTG. Suasana suram dan kami bertiga diam.

Doktor bagi notis. Dia masih boleh sabar menunggu lagi. Tapiii jikalau air ketuban makin hijau pekat, atau jantung baby makin stress, kita akan terus masuk bilik bedah.

Gulppp.

Dalam masa yg sama, baby tak keluar2. Sakit dah sakit. Bukaan statik 5cm lama sangat dah lebih separuh hari.

Ya Allah permudahkan lah!!!

Doktor arah stopkan induction. Takut jantung baby makin stress.

“Doktor, apa yg boleh saya buat utk selamatkan baby???!!!”

“Doktor, agak2 kenapa baby berak?”

“Doktor, Mcm mana nk tahu punca baby stress, tali pusat terbelit ke? Boleh tak kita gi scan skrg??? Kesian baby..”

Bertubi2 soalan dari saya yang penuh dgn kerisauan.

Doktor sengih, “Doktor hanya boleh monitor dan tolong sikit2, bagi progress report. Kita tak tahu apa yang menyebabkan baby lambat keluar. Semua ini kuasa Allah. Jadi kita kena berdoa banyak2 supaya semua berjalan lancar dan mudah”

Betul. Kami semua diam seketika mohon Allah permudahkan.

“Doktor, macam mana cara nk baca CTG ni? Jantung baby tengah ok lagi ke tak? 130 tu ok lah kan? Kalau saya push sikit2 boleh tak? Nak suruh cepat. Hehehe”

“Hahaha contraction awak tengah 140 ni, awak boleh lagi gelak dan tanya soalan??? Kalau orang lain 7cm dah tak ingat apa”

Huh. Doktor layan. Dia ajar lah sikit cara nak baca CTG. Rupanya bukan setakat tengok heart beat baby. Graf tu penting. Ada 3 jenis bacaan tak silap. Huu.

Dlm fikiran saya, biarlah sakit mcm mana, asalkan baby selamat. Saya dah tak berminat nak fikir pasal nak ambil pathedine painkiller, gas yg mengantukkan.. segala benda campak tepi. Natural. Memang kali ni betul2 semangat nak melahirkan dengan CEPAT dan selamat.

“Baik, mcm tu, kalau awak bersedia, kita akan buka secara manual. Awak boleh push sikit2. Dengar arahan saya satu per satu.”

Yes, saya tak kisah. Saya bersedia utk alami kesakitan lebih berganda. Asalkan baby selamat.

Doktor baca doa kuat2 tak putus2 “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntumminazzolimin”

Setiap perkembangan diberitakan secara spesifik. Arahan juga spesifik. Saya all out! Alhamdulillah hormon berfungsi dgn baik, saya masih sedar dan bertenaga walaupun last makan nasi 11jam yang lalu.

Alhamdulillah tak lama kemudian …

“ASSALAMUALAIKUM!!!” suami saya dan doktor sambut bayi suci ini dengan salam yg serentak penuh gembira.

“Fuhh..akhirnya, dapat bersalin normal”, kata doktor. Dia pun tak sangka. Dapat tahu kedudukan muka baby yang mendongak menyebabkan susah nak keluar. Baby nak intai dunia ni hehehe.

“Beratnya!!! Ni mcm 3.8kg!!”, kata doktor penuh seronok.

Alhamdulillah…

Di waktu2 mencatat kisah ini, daku terasa sgt sgt sgt sgt bersyukur.

Sewaktu bayi dlm kandungan, specialist scan, chest baby agak kecil, doktor suruh doa biar sempurna tak ada kecacatan organ..bila bayi lahir, masha Allah, memang Allah beri segalanya normal malah masha Allah sgt cantik sekali ciptaanNya.

Doktor risau, kalau ada masalah inborn metabolism error, sebab ada history infant death fulminant liver failure tiba2 tanpa diketahui sebabnya. Tapi bila buat ujian kepada anak ketiga kami, semuanya normal.

Betul kata doktor “doktor hanya boleh beri report, boleh monitor.. berikhtiar apa yg patut. Tapi yang lain, kuasa Tuhan”

Sujud syukur.

Collage 2015-11-07 12_58_13

Alhamdulillah.

Belum cukup setahun pemergian arwah Furqan Ramadhan bin Mohd Asyraf, Allah telah gantikan dgn kelahiran anak ketiga yg cukup cantik sihat dan sempurna, Raudhah Ilani binti Mohd Asyraf.

Semoga Allah peliharanya, dari sebarang kejahatan, penyakit, mara bahaya, bencana serta kesengsaraan hidup dunia akhirat di bawah rahmat dan kasih sayangNya… Aameen

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s