Kenangan Top Posts 2014

 

 

Hadis Qudsi ada disebut: Allah berfirman : Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah bumi selain daripada bumi Aku, carilah langit selain dari langit Aku. Dan carilah Tuhan selain daripada Aku. 

Hadis Qudsi lain ada disebut : Allah berfirman : Aku hairan dengan orang Mukmin. Dapat nikmat pun dia memperolehi pahala. Dan diuji dengan kesusahan pun dapat pahala.

Alhamdulillah harini (sehari selepas hari pengebumian arwah anakanda tersayang), saya ke kelas seperti biasa dan gembira. Dua malam lepas malam paling indah, tidur sebelah jenazah arwah baby Furqan Ramadhan yang tersenyum panjang melihat syurga Wildan. Malam semalam, malam paling sunyi.

Semalam nak panggil Hafidz terpanggil Fff. Banyak kali tercari-cari di mana Furqan. Dalam hati. Susu dah bengkak ni…abang, mana Furqan? Dia tengah tidur ke, menangis ke? Diaper dah penuh ke? Nampak muka baby orang, nampak muka baby kita. ISTIGHFAR.

Susah juga ya nak tidur, nak makan, nak duduk, nak baring, nak apa saja semua macam tak betul. Otak blank, perut sakit, jantung laju, nafas pendek, ini semua dek kerana hormon kortisol banyak sangat masuk dalam darah. Suruh adik2 kemas bilik, jangan bagi nampak buai, diaper, baju baby dan sebagainya yang berkenaan dengan Furqan. Tarik nafas turun nafas. Selepas solat, alhamdulillah baru boleh tidur.

Fitrah ibu, sayang pada anaknya. Bukan mudah nak aplikasi perkataan SABAR sebenarnya. Ambil masa juga ya. Lebih lama, lebih teringat-ingat dan rindu. AKHIRNYA saya nampak, fitrah paling utama ialah kembali kepada Tuhan. Itulah kunci PENENANG JIWA sebenarnya. SABAR dan SOLAT.

Nasib baik ada ibu-ibu yang telah SIMPAN anak-anak syurga turut sama berkongsi pengalaman-pengalaman emas mereka. Ada yang dapat meneruskan hidup, ada yang sampai meroyan nauzubillah… Saya hanya perlu BERSEDIA dan BERDOA dikuatkan hati dan fizikal dalam menjalani liku-liku yang lebih hebat selepas ini. 

Semua orang diuji tapi apa yang membezakan di antara kita ialah respon kita terhadap ujian itu. Apakah kita ingin memilih untuk menambah lebih banyak dosa atau pahala? Apakah lebih banyak kufur atau syukurnya? Fikir-fikirkan…

 

~~~

Posts in 2015

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s