Maksud Bacaan Solat

Firman Allah:”Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar” [Al Ankabut 29:45]

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Solat adalah tiang agama dan khusyuk adalah sangat penting dalam menunaikan solat,supaya solat yang dilakukan itu tidak sia-sia,InsyaAllah. Ketika mulut terkumat-kamit membaca bacaan-bacaan dalam solat, fahamkah kita akan maksud bacaan-bacaan tersebut?

Adalah penting untuk kita fahaminya kerana salah satu cara untuk khusyuk dalam solat adalah memahami segala perkataan yang dibaca ketika solat.

1. Takbiratul-Ihram
iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain dan diucapkan tanpa rasa was-was.”Allah Maha Besar”

2. Doa Iftitah
“Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.”

3. Al-Fatihah
“Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
“Segala puji-pujian bagi Tuhan sekalian alam”
“Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
“Raja bagi hari pembalasan”
“KepadaMu kami menyembah,dan kepadaMu kami meminta pertolongan”
“Tunjukkan kami jalan yang lurus”
“Iaitu jalan org yg Engkau telah kurniakan nikmat kpd mereka,bukan (jalan) org2 yg telah Engkau murkai,dan bukan pula (jalan) org2 yg sesat”

4. Bacaan ketika rukuk
“Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya.”

5. I’tidal
“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
“Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.”

6. Bacaan ketika sujud

“Maha suci Allah yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”

7. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
“Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.”

8. Tahiyyat Awal

“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”

9. Tahiyyat akhir/Tasyahud akhir
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia.”

10. Salam : Sekurang-kurang salam ialah “Assalamu’alaikum” bermaksud:
“salam sejahtera ke atas kamu.”

Doa Qunut:
“Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan.
Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku.
Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, dan Maha Tinggi Engkau.
Maka hanya untuk Engkau tetapkan.
Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad, Nabi yang buta-huruf, dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan diberiNya kesejahteraan.”

InsyaAllah dengan memahami maksud bacaan-bacaan tersebut, kita dapat tingkatkan rasa khusyuk dalam setiap solat yang kita tunaikan.

22 thoughts on “Maksud Bacaan Solat

  1. Thanks nurazah fathirah. info yg sgt3 berguna utk menjadikan solat kite bertambah khusyuk dan sempurna. nk try la utk solat zohor ni..harap2 ingat suma mkne tu
    keep up ur good work

  2. sebenarnya ana ada soalan brkaitan khusyuk..orang sering ckp ‘ko x khusyuk la solat’ dan mcm2..nak tanye, khusyuk dlm solat 2 ape sebenarnya kak? adakah brdiri mcm patung? atau adakah mlambatkan prgerakan solat krana mnghayati mksud bacaan? kalau kita mnghayati mksud bacaan, tapi di samping fikiran kita ada di tmpat lain, ape hukumnya?

  3. humm., org lain tak ada hak nk hukum samada kita khusyu’ atau tidak dalam solat, melainkan kesalahan kita ketara spt gelak2, main2 & etc.

    bagi ana, khusyu’ ni berpandukan pada hati dan fikiran kita.. hati yang ikhlas menghayati bacaan dalam solat akan membawa fikiran utk sntiasa fokus dlm gerak geri solat..barulah nampak kita btul2 ikhlas. wallahu’alam..

  4. ermm.. btul2.. ana stuju.. semua msti brmula dgn hati.. kalau org 2 dgn gerakan yg cntik, tarannum dlm bacaan sekali pun tapi hati x krana allah, pun x btul juga kan..

  5. Perkataan ”Nabi yang buta huruf”……
    tak terasa agak keterlaluan ke perkataan tu….
    jika orang yang tak faham baca….
    memanglah jika diikut dari hukum perkataan,
    tetapi sebagai tanda hormat kita, biasanya orang menggunakan Nabi yang umi….
    supaya lebih sopan dan beradab…..
    ”buta”….huruf……….cuba renungkan semula.

  6. terima kasih atas makna setiap bacaan dalam solat. dengan makna setiap bacaan membuat saya lebih kusyuk dalam menunaikan solat. lepas ni jika ada apa- apa info harap dapat di kongsi bersama

  7. Assalammualaikum..terima kasih atas perkongsian ini..salah satu ibadat yang berterusan selepas kematian adalah..ilmu yg berguna..semoga kita semua dirahmatiNya..amin

  8. Nice maksud… banyak blog lain , yg cuma copy paste… saya tak pasti anda copy paste jugak ka , tapi maksud bacaan yg di sini lebih tepat dari blog2 yg lain… dgn ini saya mengesahkan maksud bacaan di sini selamat dan boleh dihafal oleh pengguna2 sekalian…
    sekian mekasih..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s